Nature friend ♥

Follow|Home
Wednesday, 6 August 2014 | 10:46 | 0 comments

SALAM LEBARAN 

ASSALAMUALAIKUM... WBT

 Rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan selamat hari raya aidilfitri.. Maaf zahir dan batin ^^
Semoga aidilfitri dan lebaran kali ini memberi seribu makna dan pengertian dalam hidup kita. Hari lebaran boleh dikira sebagai hari kemenangan kita setelah berjaya berperang dan melawan nafsu selama sebulan dengan berpuasa. Puasa adalah antara ibadat yang paling baik dan mudah untuk kita dekatkan diri kita dengan Sang Pencipta Yang Maha Esa. Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk merasai nikmat ramadhan dan syawal pada tahun ini. Seperti tahun lepas, tahun ini aku berpuasa di perantauan dan berkemampuan untuk beraya disamping keluarga tercinta di bumi Serambi Mekah (Kelantan).


Pengalaman berpuasa di perantauan agak best dan enjoying lahh jugak :)) Al-maklumlah puasa dekat Bintulu "Seghawok". :p Alhamdulillah. Berpuasa di Sarawak rasanya kurang sikit dia punya cabaran berbanding puasa dekat semenanjung terutamanya Kelantan. Heee,, bukan apa kat Bintulu ni terutamanya di UPMKB susah sikit bukan sikit tapi banyak... Aaaaaa  -.- susah nak jumpa bazar dan susah nak hidu haruman atau bau-bauan yang boleh membangkitkan nafsu membazir tuu, Sebabnya bazar ramadhannya jauh nun kat luar kampus. So, bagi sesiapa yang takde transport tu kiranya amat susah laa nak keluar. Maka dengan itu kami berbuka ala kadar je laa dengan makanan KK2 as always T_T. Agak menyedihkan jugak laa bila tiap-tiap hari terpaksa hadap makanan yang sama je kan untuk berbuka. Tapi apa nak buat kan ?? Itu je yang mampu :(( Kadang-kadang jika ada kesempatan masa dan sempat untuk keluar selepas habis kelas petang aku dengan kawan-kawan adalah juga melencong ke bazar sekali dua.



Hidup dekat Bintulu ni sebagai pelajar pulak tuu tak boleh nak memilih sangat. Kat Bintulu ni susah sikit nak cari makanan yang macam dekat semenanjung sana tu. :'( Sebabnya kebanyakkan gerai kat bazar orang tempatan yang berniaga. So, apa yang ada dan mampu beli kita sapu semua. Hikss ;) Tak dinafikan bazar ramadhan dekat depan Sing Kwong tuu ada lahh jugak pilihan menu makanan seperti nasi kerabu, nasi ayam, nasi ayam penyet tapi rasanya tak sama dengan yang semenanjung punya. Haaa, satu lagi. Kebanyakkan gerai memang suka sangat jual nasi ayam. Idk why tapi dekat KK2 pun sama. Hari-hari ada menu nasi ayam. -.-  Bukan tak bersyukur tapi kenapa mereka tak pelbagaikan lagi makanan sedangkan banyakkan pilihan menu yang boleh disediakan ?? 



Nak cerita sikit banyak benda yang kempunan tahun ni tak sempat makan time puasa hari tuu. Bukan tak boleh makan lain masa pun sebenarnya tapi kalau makanan-makanan seperti percik (ayam atau ikan), colek (buah-buahan, ayam dan perut lembu) kebanyakkannya pemes time bulan ramadhan je. Agak susah nak dapat kalau bukan time bulan puasa. Mak aku pon kalau bulan-bulan biasa dia tak masak ayam dengan ikan percik tuu. :(( Tapi takpe lah. Simpan dulu rasa kempunan dan mengidam nak makan tu. Ada rezeki nanti dapatlah :)) Heee.




nahhh... belanjaa gamboo percikk ayam ikan sepukol. heee :p



Hmmm. sambung cerita pasal raya lahh pulak ehh,, Hikss


Nii semua ni masih single lagi ni haa. Anak-anak En. Abdullah


Alhamdulillah, tahun ni dapat balik beraya bersama keluarga di semenanjung. Sebenarnya tak pernah pun rasa raya diperantauan. Ada jugak terdetik di hati kecil ni nak try beraya di Bintulu tapi perasan ni kuat menghalang dan tetap dengan rasa tak mampu nak tahan kesedihan bila tiba hari raya tuu. Jadi baliklah aku beraya di kampung halamanku seperti selalu jauh nun di Kelantan. :)


Tapi tahun ni perjalanan nak balik raya ke Kelantan tu lama pulak. Mana taknye dah banyak tempat menyinggah. Dari Bintulu naik flight ke Kuching. Seterusnya dari Kuching terbang ke Johor. Dahtu dari Johor tu bergerak ke Selangor dan Kuala Lumpur pulak. Lepas tuu barulah "road to Kelantan" betul2. Perjalanan nak balik ke Kelantan tu pulak bukan main makan masa, Lebih daripada biasa gara2 jalan jammed [O_O] Kalau perjalanan biasa yang pernah aku hadap lebih kurang 6-7jam je dari KL ke Kelantan kali ni gara2 ramai sangat perantau memenuhi jalan raya perjalanan ambil masa lebih kurang 12-13jam. Itu kira kami berhenti untuk isi minyak dan solat je. Kalau lah banyak R&R singgah mahunya 24jam dalam kereta. hahaha


Tibalah cerita suatu hari di hari raya pulak. Macam biasa pagi raya mak ayah suruh kami adik beradik ke masjid untuk berjemaah solat sunat aidilfitri. Paling best kat kampung aku bila solat sunat hari raya aidilfitri ni ialah kat masjid tu penuh dengan jemaah. Meriahhh sangat ^^ Tahun ni sampai ada yang terpaksa patah balik sebab tak cukup ruang. Selepas solat macam biasa bersalam salaman dengan jemaah yang hadir. Menjamu selera dekat masjid ramai-ramai. Bila kat rumah buat adegan sedih bersalam dan bermaafan dengan mak ayah serta keluarga terdekat.Lepastu menjamu selera lagi kat rumah nenek aku. Setiap tahun menu wajib adalah nasi dagang. *_*


Namanya lagi hari raya. Tak sah lah kalau tiada kunjungan daripada sanak-saudara kan.. Family belah ayah kira best lah sebab kebanyakkan adik beradik ayah tinggal dalam kampung dan kawasan yang sama. Jadi tak susah lah untuk kami bergerak dari satu rumah ke satu rumah yang lain. Sampailah ke hujung hari.


Raya kedua balik kampung belah mak pulak kat Kota Bharu. Macam selalu jugak kami bergerak dari satu rumah ke satu rumah. Adik beradik belah mak ramai. 11 orang semuanya termasuk mak yang bongsu. Tapi raya tahun ni tak semua pakcik makcik balik. Jadi kami beraya je laa dengan yang mana ada. Itu pun dan bukan main sampai ke malam.

Banyak nye kalau nak cerita pasal raya ni. Simpanlah duluu yerr. Lain kali in shaa ALLAH sambung lagi cerita lagi pasal raya ni dekat entry yang akan datang.. Dah tak larat dah nak menulis panjang2, Lagipun takut reader muak (itupun kalau adalah) Hiksss ^^.



ni sedikit video gambo2 raya. ^^





0 Comments available :

Post a Comment